ARTCAMP

(CARAVANSERAI - AUSTRALIA)

Kem cuti sekolah berkonsep caravanserai pertama di dunia

07 - 15 feb 2025

western australia

Tarikh mungkin akan diawalkan atau dilewatkan 1-2 hari, mengikut aturan penerbangan semasa.

“Bermusafir bagi mentadabur alam, caravanserai membangun kebijaksanaan

Gradient that fades to transparency

“Dahulu kebijaksanaan pedagang Jalan Sutera adalah di setiap hentian yang dipanggil “caravanserai”. Di situ lah semua pedagang bertukar maklumat, berkongsi pelajaran, bertukar barangan, jaga menjaga dan kenal mengenal. Pada abad ke-19 caravanserai merosot selari dengan kemerosotan kekuatan empayar Islam. Nabi Muhammad SAW juga salah seorang dari pedagang caravanserai.”

Seruan Saidina Umar Al-Khattab untuk bermusafir

Black Gradient Shadow

Suatu ketika, Saidina Umar R.A mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang lelaki lain. Lalu beliau bertanya kepadanya, “Pernahkan kamu bermusafir dengannya?” Dia menjawab, “Tidak pernah.” “Maka sesungguhnya, kamu tidak lagi kenal akan dia.”

Kata Saidina Umar Al-Khattab RA.


Disahihkan oleh Al-Bani

Blue paper texture background

SIAPA YANG PERLU SERTAI ARTCAMP CARAVANSERAI AUSTRALIA?

  1. Anak-anak antara umur 13-22 tahun
  2. Anak-anak yang bergantung kepada gadget sehingga kurang ruang membina jatidiri dan kebijaksanaan yang asli dari potensi dirinya sendiri
  3. Anak-anak yang pandai atas kertas tetapi lemah soft skill
  4. Anak-anak berat tulang dan kurang pandai bergaul
  5. Anak-anak yang kurang lingkungan kawan-kawan positif
  6. Anak-anak yang seperti hilang arah dan bermotivasi rendah, kurang drive dalam diri dan perlu disuruh-suruh sampai kita jadi mak ayahnya jadi tertekan
  7. Anak-anak yang kita risau untuk kita tinggalkan sekiranya mereka jadi yatim piatu pada waktu mereka sangat tidak bersedia
  8. Anak-anak kita semua

Jangan daftar dahulu

baca sehingga benar-benar jelas hala tuju

TERBUKTI MEROKET KEYAKINAN DIRI KERANA ARTCAMP CARAVANSERAI TELAH LEBIH 6 TAHUN DIJALANKAN

DI RPWP

“Pada umur mereka boleh mengembara sendiri, anak-anak RPWP

telah dihantar ke seluruh pelosok dunia untuk menjadi

“teamplayer” dengan budaya caravanserai sambil mengutip

mutiara berharga iaitu pelajaran di tempat orang.

Membawa resmi mata lebah yang mengutip madu

berharga di tempat orang dan bukannya mata

lalat yang sentiasa mencari keburukan.

Ternyata, mereka matang lebih pantas

dari umurnya”

MOHD RAIMIE Semenanjung Arab
FIRDAUSI Eropah
HAJI FAHMI Semenanjung Arab
IKHWAN Eropah Asia Semenanjung Arab
ADINA Sem Arab Australia
SABRINA Sem Arab Australia
AZIZOOL Eropah
DINIE Eropah
ABU RIJAL Asia Sem Balkan Australia
NIK HASIB Asia
NIK HARRAZ Eropah Asia Semenanjung Arab Amerika Selatan
AZIQ AMRI Eropah Semenanjung Arab
SYUFAAT Eropah Oceania
IZZAH Sem Arab
SHAIFUL ZAINU Eropah Asia
QISTINA Asia Japan
AFIQ AISAR Eropah
MARSYA Sem Arab Australia
ASH AARI Sem Balkan Australia
FATINI Asia Japan
Plain Blue Texture Background

“Caravanserai mula jatuh apabila berlaku persempadanan negara dengan nasionalisme. Hasilnya banyak negara baru muncul dan setiap manusia dibangsa-bangsakan lalu mencipta aliran ananiyah (keakuan) berbanding nahnuniyah (kekitaan). Wilayah Islam semakin menyusut dan kebijaksanaan semakin hilang. Sekolah Alam Caravanserai pertama di dunia ini adalah usaha mengembalikan kegemilangan dengan gerakan nahniah yang berjemaah.”

ADAPTASI KONSEP CARAVANSERAI

Perjalanan ialah pembelajaran. Orang Melayu sendiri mengatakan “jauh perjalanan luas pemandangan”. Jalan yang bagaimana? Jika jalan sekadar jalan untuk memenuhi Instagram dan Tiktok, itu tidak menambah pengalaman. Maka, apakah Sekolah Alam Caranvanserai?

Blue paper texture background
  1. Perjalanan secara berkumpulan pada sekitar usia nabi berdagang sehingga ke Syria melalui pelbagai caravanserai.
  2. Perjalanan bersama dengan membawa “All crew concept”. Ada nakhoda dan semua peserta adalah anak kapal.
  3. Peserta belajar menjadi pengatur, juga belajar menjadi yang diatur melalui gerak kerja berpasukan.
  4. Setiap hentian caravanserai, akan berlaku gerak kerja bersama. Persiapan tapak, memasang khemah, menyiapkan dorm, persiapan masakan, memasak, mengemas, keceriaan, logistik, aktiviti berkumpulan yang semuanya adalah proses menanam kerajinan dan ketaatan anak-anak untuk menjadi pemimpin dan pengikut yang bijaksana.
  5. Seperti caravanserai, berlaku perkongsian ilmu dan maklumat antara anak-anak yang menyertai Sekolah Alam ini.
  6. Menyemai kerajinan dalam diri anak-anak sebagai TEAM PLAYER aktif dan bukannya seorang penumpang.
  7. Belajar tentang crisis management bagi setiap permasalahan yang asli dan bukan dibuat-buat dalam setiap gerak kerja berkumpulan.
  8. Pada hari siang, digunakan untuk perjalanan ke wilayah-wilayah menarik tempatan untuk anak-anak mengambil sebanyak permata ibrah, untuk dirumus pada malam hari di caravanserai sebagai pelajaran.
  9. Memupuk keberanian dan mandiri apabila berjauhan dari keluarga. Apabila keadaan hanya ada sahabat sahaja, ini ketika anak-anak tiada pilihan selain dari bekerjasama.
  10. Melatih anak cekap dalam “Problem solving” yang realistik.
  11. Membangkitkan anak yang berat tulang bermotivasi menjadi rajin.
  12. Pendedahan anak-anak kepada kemahiran “Management by Objectives” yang kini menjadi kelemahan utama anak-anak zaman moden yang jumud.
  13. Banyak lagi faedahnya. Seperti kebijaksanaan Nabi junjungan kita sekalipun sebelum mendapat wahyu, ia datang dari pengalaman caravanserai.

HANYA ADA 20 TEMPAT

UNTUK PENDAFTARAN ARTCAMp CARAVANSERAI.

Daftar sekaranG untuk tidak ketinggalan tempat.

“Pelaburan terbaik untuk anak-anak kita ialah pelaburan kepada pembangunan sikap. Sikap yang baik hanya terbentuk secara nahniyah atau bahasa barat dipanggil secara kolektif.

Ini yang kita lakukan di sepanjang Artcamp”

MENGAPA WESTERN AUSTRALIA?

1. Zon masa yang sama memudahkan ibu bapa ikuti perjalanan anak-anak secara maya.


2. Wilayah yang baik untuk melihat bainat perlaksanaan hubungan baik manusia dengan Allah melalui penjagaan alam sekitar yang lestari (Hablum minallah).


3. Wilayah yang baik untuk melihat kematangan sosiologi mereka yang menjaga hubungan antara manusia dan manusia (Hablum minannas).


4. Tempat yang terdekat untuk anak-anak merasai kelainan budaya dan mengutip pelbagai kebaikan dari ketamadunan mereka.


5. Tempat yang sangat mesra kemudahan aktiviti berkumpulan.


6. Tidak ada masalah untuk makanan yang halal.


7. Tempat terbaik untuk anak-anak mendengar sendiri tahap piawaian halal di Australia yang lebih tinggi dari banyak negara-negara Islam utama di dunia.


8. Landskap yang sangat menarik untuk persiaran dan pengalaman anak-anak semasa cuti sekolah.


9. Terdapat dalam laluan kita sebuah kampung Melayu Australia yang masih mengekalkan budaya dan pegangan agama walaupun selepas setengah abad. Kami akan beraktiviti komuniti bersama Madrasah Katanning dan komuniti Katanning semasa di sana nanti.

HASIL DARI ARTCAMP CARAVANSERAI

Blue paper texture background

Jika kami terlalu komersil, kami akan janjikan bulan dan bintang. Namun hakikatnya, Artcamp Caravanserai hanyalah ABC kepada satu penulisan yang panjang.


PRACTICE MAKES PERFECT? Sudah tak boleh pakai lagi.


Jika kita sebagai ibu bapa percaya pepatah itu maka kitalah yang rugi selama ini. Hanya “CORRECT PRACTICE MAKES PERFECT”.


Kami hanya lakukan rendaman budaya (sibghah) caravanserai yang mempromosikan kerja-kerja berjemaah, selebihnya perlaksanaan kehebatan ini akan diteruskan oleh anak-anak kita nanti di rumah, di sekolah dan di komuniti mereka di sini. Mereka akan bawakan budaya caravanserai dari mereka pulang sehingga mereka diwafatkan nanti.


Dayung ada di tangan, perahu sudah di air, ibu-ibu dan bapa-bapa, pastikan anak-anak Artcamp Caravanserai ini meneruskan legasi itu sampai jaya. Anda sendiri akan senyum melihat hasilnya.


Dengan pemantauan murobbi-murobbi

(pada nisbah 1 murobbi bagi setiap 4 pelatih)

yang berpengalaman luas dan tegas dengan disiplin dalam kumpulan, anak-anak dipastikan selamat dalam berpergian.


Setiap yang terlibat dengan Artcamp Caravanserai ini juga akan diinsurankan sepanjang penyertaan.

APAKAH BEZA ARTCAMP MALAYSIA DAN AUSTRALIA?

Sama keduanya, hanya berbeza Artcamp di Malaysia bersifat statik dalam radius antara RPWP dan ladang RPWP. Namun Artcamp Caravanserai menggunakan konsep “pelayaran”. Namun, kedua-duanya sama iaitu membentuk generasi kuat bekerja dan boleh dipercayai yang menjadi dua syarat yang diberikan kepada Nabi Musa kepada Nabi Syuib sebelum menikahi anaknya. Itulah sebenarnya kriteria seorang pemimpin.

Urusan penyediaan itinerari / tempahan, diuruskan

sendiri anak-anak fasilitator, dengan pantauan

murobbi / murobbiah

Persiapan penempatan dilakukan sendiri para

pelatih kem dengan pantauan fasilitator

/ murobbi / murobbiah

Pelatih belajar menguruskan diri

sendiri di perantauan

Urusan memasak / menikmati

hidangan, dilakukan bersama

Dapat hayati keindahan lanskap di luar negara


Berpeluang bersilaturrahim dengan

masyarakat setempat di luar negara dan

pelajari budaya dan akhlak mereka


Menjalin hubungan baik dengan orang Melayu

di luar negara dan merapatkan hubungan

antara 2 negara


PROGRAM ANAK ANGKAT

VIDEO HIGHLIGHT ARTCAMP DI MALAYSIA

VIDEO HIGHLIGHT ARTCAMP DI LUAR NEGARA

Transparent Gradient Shade

SIAPA

JEMAAH PERENCANA PROGRAM INI?

Jemaah perencana Artcamp Caravanserai Australia adalah jemaah yang sama yang merencana rangkaian program cuti sekolah Artcamp, Sekolah Alam, Projek Pelangi dan juga sebahagian dari tulang belakang organisasi induk RPWP. Untuk Artcamp Caravanserai di lapangan juga, kami turunkan penghulu dan fasilitator antara yang paling berpengalaman di sepanjang siri Artcamp.

Dr. haji Masjuki muhd musuri


Pengetua

Rumah Pengasih

Warga Prihatin (rpwP)

Hj Shauqi Hasan


Pengetua

Akademi Insan Prihatin

Nik Harraz Nik Mat


Pengarah Projek Artcamp Caravanserai

Western Australia

Director Saiful Nang Academy

Irwan bin Nazir


Penghulu Artcamp Caravanserai

western australia

hj. Saiful Nang


pengasas artman

CEO rarecation travel

Dr. Intan Salwani Ahamad


Pendidik kanan

Akademi Insan Prihatin

Dr. Ruzaini Bin Ikram


Ketua Pasukan Perubatan Artman

Sabrina Khairudin


Penghulu Nisak Artcamp Caravanserai

western australia

Transparent Gradient Shade
Transparent Gradient Shade
Transparent Gradient Shade

PANITIA LAIN

  • Cikgu Shakirah Abdullah, Panitia Pengisian ACA
  • Dr. Syazana Umar, Pakar Nutrisi Artcamp Caravanserai
  • Kapten Hj. Akhmal Asyraf Dato’ Mohd, Panitia Pengisian Rohani ACA
  • Kapten Hj. Syibli Fakih, Pengurusan perjalanan
  • Cik Liza Bt. Mohamed, Pengurusan visa kumpulan
  • Kapten Azli Yusof, Pengajar di Saiful Nang Academy
  • Kapten Dinie Masjuki, pengajar di Saiful Nang Academy
  • Kapten Fadhli, Pengarah Rarecation Travel Sdn Bhd
  • Pn. Fairuz Md Zin, Pensyarah / Pakar Bahasa Inggeris Saiful Nang Academy
  • Cikgu Zuriaty, Guru Akademi Insan Prihatin
Transparent Gradient Shade
Transparent Gradient Shade

KETETAPAN ARTCAMP

CARAVANSERAI

7 hari 6 malam

07 - 15 FEBRUARI 2025

(Cuti Sekolah Malaysia)

Western Australia

Tarikh mungkin akan diawalkan atau dilewatkan 1-2 hari,

mengikut aturan penerbangan semasa


Mod penganGkutan : Bas

Penginapan : Dormitory / Camping site

Laluan : Perth - Katanning - Margaret River - Busselton - Bunbury - Fremantle - Perth

YURAN KEM

RM 5950

/ PELATIH

HARGA UNTUK

ARTCAMP

TERMASUK

tIKET PENERBANGAN

KENDERAAN

aktiviti

makanAN FULLBOARD

dorm/KHEMAH

travel insurance

merchandise

Black Gradient Shadow
Black Gradient Shadow

10 TATACARA mudah

PERMOHONAN VISA AUSTRALIA

BAGI WARGANEGARA MALAYSIA

(PERLU DIMOHON SENDIRI UNTUK SEMUA PELATIH ARTCAMP X)

1. Passport tidak TAMAT TEMPOH

  • PERLU SEKURANG-KURANG 6 BULAN ‘VALIDITY’ SEBELUM TARIKH TAMAT TEMPOH
  • perlu ‘Renew’ passport dahulu baru BOLEH MOHON visa, JIKA PASSPORT SUDAH TAMAT TEMPOH

2. Download Australian ETA apps di App Store/Google Store

  • INSTALL DALAM SMARTPHONE


3. baca terma dan syarat dalam Apps, serta Set pin


4.

KLIK BUTANG ‘NEW ETA’ DAN Scan muka utama Passport kita sepenuhnya seperti yang dimahukan apps ETA

Black Gradient Shadow
Black Gradient Shadow

5. Scan chip Passport.

  • set ‘on’ NFC di setting phone dahulu, kemudian baru scan
  • Kemudian letak phone rapat di hadapan passport kita

6.

RAKAM (Selfie) muka kita (pemohon) di dalam ruangan yang disediakan sehingga dapat KELULUSAN

  • Pastikan DI belakang tiada orang lain
  • Jangan ada silau
  • Elakkan make-up tebal

7. Jawab soalan yang diberikan

8.

Masukkan detail Card Credit/Debit Card untuk proses pembayaran Visa


  • 20AUD bersamaan RM60.41(TETAPI AKAN MENGIKUT NILAI SEMASA PERMOHONAN DIBUAT)
  • Selepas buat pembayaran terus boleh hantar permohonan


9.

Keputusan kelulusan Visa akan diberikan melalui Email KURANG DARI 24 jam, jika tiada apa-apa masalah


10.

Kita juga boleh memohon untuk ahli keluarga kita di dalam Apps yang sama


nota : perlu maklumkan kepada pihak kami progress

permohonan dari semasa ke semasa

Transparent Gradient Shade
Black gradient background

RINGKASAN ATURAN PERJALANAN

ITINERARI

HARI / TARIKH

LOKASI

AKTIVITI

07 FEB 2025

SG RAMAL DALAM, KAJANG

HARI PENDAFTARAN / TAKLIMAT / MAJLIS PENYERAHAN PANJI

DAY 1

08 FEB 2025

KUL - PERTH - KATANNING

a) Persiapan makan tengah hari / malam

b) Lawatan ke Kg Melayu, Katanning

c) Persiapan penempatan

d) Perkongsian rohani

DAY 2

09 FEB 2025

KATANNING

a) Aktiviti kemasyarakatan di ladang penduduk tempatan

b) Persiapan makan tengah hari / malam

c) Perkongsian rohani

DAY 3

10 FEB 2025



KATANNING - BUSSELTON

a) Berhari raya' bersama penduduk Katanning

b) Busselton Jetty

c) Check-in Busselton Campsite

d) Perkongsian Rohani

DAY 4

11 FEB 2025


BUSSELTON

a) Injidup Nature Spa

b) Boranup Forest

c) The Margaret River Chocolate Factory

d) Perkongsian Rohani

DAY 5

12 FEB 2025

BUSSELTON - MANDURAH - PERTH

a) Crabbing di Mandurah

b) King’s Park

c) Check-in Perth Campsite

DAY 6

13 FEB 2025


PERTH

a) Perth Zoo

b) Solat Jumaat

c) Freemantle Market

d)Tafakkur dan tadabur alam

DAY 7

14 FEB 2025


PERTH - KUL


a) Tafakkur dan tadabur alam

b) Terbang pulang


DAY 8

15 FEB 2025


SG RAMAL DALAM, KAJANG

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN SIJIL

  • Itinerari / perjalanan program tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
Wood

DAFTAR SEKARANG!

Oleh kerana TEMPAT TERHAD, BOLEH DAFTAR SEGERA :

TESTIMONIAL

ARTMAN

NOTA PENTING :

PENGISIAN BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN PENUH TIDAK MENJAMIN PERMOHONAN PENYERTAAN DITERIMA. URUSETIA ARTCAMP BERHAK MENOLAK MANA-MANA PERMOHONAN ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU DAN BOLEH MEMILIH UNTUK TIDAK MENJELASKAN SEBAB-SEBAB PENOLAKAN PERMOHONAN.


PEMULANGAN WANG YURAN PENYERTAAN AKAN DIBUAT UNTUK MANA-MANA PERMOHONAN YANG DITOLAK.